-
Laman utama
- About Us
Darmina Revolution adalah sebuah platform inovatif yang bertindak sebagai pusat sehenti (one-stop center) untuk syarikat-syarikat perlancongan dan individu yang ingin meneroka dunia dengan mudah dan murah. Ditubuhkan dengan visi untuk merevolusikan industri pelancongan, platform ini membolehkan agensi pelancongan mendaftar dan mempromosikan pakej mereka, sekaligus memudahkan pelanggan mendapatkan pakej pelancongan yang memenuhi keperluan mereka.
Dengan strategi beli awal untuk harga lebih murah, Darmina Revolution juga menawarkan pelbagai manfaat tambahan, termasuk peluang pendapatan melalui program affiliate. Platform ini meliputi pasaran inbound dan outbound, dengan kerjasama strategik bersama negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Timur Tengah.
Kami juga komited untuk menjamin keselamatan pelanggan, dengan setiap pakej yang ditawarkan dilindungi oleh insurans bernilai RM1 juta
Kenapa Pilih Darmina Revolution?
- Harga berpatutan dengan konsep beli awal
- Pakej pelancongan dari seluruh dunia
- Peluang pendapatan untuk agen dan affiliate
- Sistem mesra pengguna yang memudahkan tempahan
Visi
Menjadi platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara yang menyatukan agensi pelancongan dan pelanggan, menawarkan pengalaman perjalanan yang mudah, murah dan selamat.
Misi
- Memudahkan rakyat Malaysia dan pelanggan antarabangsa mendapatkan akses kepada pelbagai pilihan pakej pelancongan dengan harga kompetitif.
- Menghubungkan agensi pelancongan dengan pelanggan melalui platform digital yang efisien dan mesra pengguna.
- Menawarkan peluang pendapatan melalui program affiliate yang berdaya saing.
- Menjamin keselamatan dan kualiti perjalanan dengan perlindungan insurans dan kerjasama dengan rakan kongsi yang dipercayai.