-
Laman utama
- Terms and Conditions
PEMBAYARAN
- Segala pembayaran hendaklah dibuat atas akaun syarikat dan tidak boleh dibayar diatas mana-mana akaun individu kecuali atas arahan syarikat. Resit serta slip pembayaran akan dikeluarkan melalui HQ kepada pelanggan. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab bagi mana-mana transaksi yang tidak dibuat terus kepada akaun syarikat.
- Pegawai syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk mengambil wang pembayaran serta dokumen selain dari tempat yang ditetapkan atas sebab-sebab keselamatan.
PEMBATALAN
- Segala pembatalan wang deposit hendaklah dibuat secara bertulis dan caj penalti akan dikenakan sebanyak (RM400).
- Permohonan pembatalan pakej haruslah dibuat secara bertulis (mengisi borang) selewat-lewatnya 45 hari bekerja sebelum Tarikh berlepas adalah bergantung kepada kos yang telah dikeluarkan dari jadual 4 : akta industri pelancongan 1992 [perkara 3.2]. Caj tambahan akan dikenakan bagi perkhidmatan yang telah digunakan iaitu termasuk pengurusan visa yang telah diluluskan.dan RM300 bagi bagasi juga buku panduan yang tidak dikembalikan dalam keadaan asal.
- Deposit yang tidak dijelaskan pembayaran penuh juga tidak dituntut secara bertulis dalam tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, tidak akan mendapat pemulangan wang.
- kos pakej tidak akan dikembalikan jika sekiranya Jemaah tidak hadir pada tarikh dan masa berlepas.
- Pihak syarikat berhak menunda perjalanan pakej diatas sebab tertentu seperti had visa, tiket penerbangan, malapetaka, rusuhan, peperangan dan situasi diluar bidang kuasa pihak syarikat. Pihak syarikat boleh mengesyorkan jadual atur cara alternatif tetapi jika tidak diterima maka wang pengembalian adalah bergantung kepada kos yang telah dikeluarkan serta caj pengurusan.
- Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebab oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan dan penginapan, syarikat akan memulangkan semula wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti jadual 4: akta industri peloncangan 1992 dalam (perkara 4).
- Sekiranya kegagalan visa, pengembalian wang adalah bergantung kepada kos yang telah dikeluarkan dan caj pengurusan.
- Syarikat juga tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika ada anggota pelanggan tidak dibenarkan masuk oleh pihak imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang,memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar,kelakuan atau aktiviti yang dianggap boleh mendatangkan keburukan oleh kerajaan.
HARGA
- Harga kumpulan yang dinyatakan adalah sekadar berkumpulan. Segala perubahan kepada tarikh penerbangan yang tidak mengikut kumpulan (individu) akan dikenakan caj atas risiko sendiri. Syarikat atau wakil rasmi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan dan lebihan bayaran yang dikenakan.
- Semua harga tertakluk kepada perubahan seperti:
a) Kenaikan harga tambang,cukai tambang dan caj bahan api dalam (kapal terbang).
b) Tambang pengangkutan,kadar hotel,kadar tukaran mata wang semasa, cukai kerajaan lain. - Tiada sebarang pemulangan wang akan diberi bagi penerbangan, penginapan, makanan, perjalanan, siar-siar atau lain-lain perkhidmatan yang dinyatakan didalam pakej tetapi tidak digunakan oleh pelanggan atas sebab tersendiri.
- Harga pakej promosi /semasa tertakluk kepada perubahan mata wang semasa (currency) dan sebarang perubahan akta kerajaan mengikut terma dan syarat.
KESELAMATAN
- Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik kembali jadual perjalanan, tempahan yang dibuat untuk pelanggan atau syarikat enggan menerima juga mengekalkan seseorang yang menjadi anggota lain dalam pelancongan. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan diatas sebab mana-mana pembawa, hotel, kontraktor lain yang enggan membenarkan man-mana pelanggan menyertai pelancongan. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula wang kepada pelanggan . wang akan dibayar setelah ditolak dengan jumlah (amount) perkhidmatan yang telah digunakan dan caj pengurusan pembatalan.
- Pelanggan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan persendirian untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.
- Semua anggota pelancongan hendaklah mematuhi SOP semasa berkaitan penyakit berjangkit Covid-19 kerajaan Malaysia dan kerajaan Saudi da sedia maklum akan segala prosuder yang terlibat jika dijangkiti oleh virus Covid-19 dan tidak akan melakukan sebarang tuntutan semula, ganti rugi atau saman diatas sebarang kekurangan, kos prosedur pengurusan, ketidakselesaan atau sewaktu dengannya semasa proses prosuder rawatan covid-19 dilakukan pihak pengurusan pelancongan.
PEMBATALAN/SURCAJ
- Permohonan pembatalan hendaklah dilakukan secara bertulis tertakluk kepada 3.1 dan 3.2 jadual 4 akta industri pelancongan 1992 seperti berikut :
PERKARA 3.1
PEMBATALAN 45 HARI ATAU LEBIH SEBELUM TARIKH PENERBANGAN, FEE PENDAHULUAN PENDAFTARAN AKAN DIKENAKAN SEBANYAK 2.5% DARIPADA HARGA PAKEJ.
PERKARA 3.2
- 22-44 HARI BEKERJA SEBELUM TARIKH BERLEPAS : PERLUCUTAN DEPOSIT JADUAL 4 PERLANCONGAN 15-21hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 35% daripada tambang pelancongan.
- 8-14 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas: 50% daripada tambang pelancongan.
- 3-7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 759A daripada tambang pelancongan.
- 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 100% daripada tambang pelancongan Pembayaran refund akan mengambil masa dalam masa 150 hari waktu bekerja.
CAJ TAMBAHAN JIKA PERLU
Bayaran visa penuh,sekiranya urusan visa telah dibuat Penerbangan tertakluk kepada kelulusan visa dan syarikat penerbangan Caj pengendalian tertakluk kepada syarikat perhotelan dan berkaitan Bayaran RM250 bagi cendera hati dalam (bag bagasi,bag kasut,bag silang,buku panduan umrah dan lain2) yang telah diterima.